Sunday, May 22, 2011

gila-gila Korea




Sejak kebelakangan ni, aku terkejut tengok Korean mania di kalangan remaja dan separa remaja. Ehem. Bukan apa zaman aku muda dolu-dolu orang dok minat drama Korea je sekarang muzik, pakaian semua nak ikut K-pop. Mangsanya termasuklah adik bongsuku dan cousin-cousin aku sendiri. (Dan juga my sister, my best friend, my mother..the list goes on..)



Aku rasa Hallyu wave ni start way back in 2002 disebabkan oleh Winter Sonata. Mak oi..sedih giler citer tu. Yang herannya macam satu Malaysia tengok. Penuh ruang tv blok kolej aku dengan minah-minah yang fanatik Bae Young Jun secara tiba-tiba. Pelajar lelaki yang dikira macho dalam batch aku pun tengok. Honestly, aku tak tengok semua episod. Penatlah asyik nak nangis je. Sikit-sikit nangis..saja je direktor dia buat soundtrack yang sedih giler.

Aku sebenarnya terlebih dulu minat drama Jepun sejak dari sekolah lagi. Ingat lagi kelam kabut balik rumah semata-mata nak tengok cerita Jepun yang kena tayang kat TV2. Tapi bila sekolah menengah kena masuk asrama..hancus harapan nak mengikuti drama Jepun. Masa tu aku rasa Yutaka Takenouchi tu macam handsome sangat..(he still is..man!) tapi entah kenapa orang Malaysia lebih prefer K-drama dari J-drama. Mari kita buat perbandingan antara J dan K..shall we?



1. K-drama lebih panjang episod

-berbanding J-drama yang hanya ada 5-6 episod, K-drama lebih panjang episodnya ada yang sampai 20 episod macam Jang Danggeum a.k.a Jewel in the palace tuh. Mak oii jenuhlah jugak nak tengok masakan Korea tiap-tiap hari. Tapi kalau dah tengok lama-lama sekali endingnya menghampakan memang geram sangat. Macam drama Korea; Something Happened in Bali bila semua wataknya mati pada akhirnya. Ya, Allah..geram sangat! Autumn In My Heart pun sama. Ada ke boleh hero dia bunuh diri sebab heroin mati sakit leukemia. Muka je handsome..buat penat aku je tengok cerita tu. Siapa suruh kan?


2. K lebih banyak cerita cinta

-ye aku rasa faktor kejayaan K adalah kerana ianya majoriti cerita cinta bukan macam J yang ada cerita budak sekolah, cerita detektif, cerita bodoh ala manga/anime yang aku minat sangat seperti Gokusen. Gokusen adalah drama yang wajib ditonton oleh semua orang. Bagi aku ianya lebih best dari GTO. Watak Yankumi yang sungguh unpredictable sebagai seorang cikgu yang menyimpan rahsia bahawa dia sebenarnya cucu seorang yakuza memang sangat best! She's soo cool! Muka pun macam my sis yang juga merupakan seorang cikgu. Hehehe..tapi sebab K drama lebih banyak cerita cinta so ramaila perempuan menjadi peminat fanatik. Macam Miz Wanie habis cd drama Korea dia borong. Mana ada lelaki nak tengok drama Korea..kalau ada pun tak mengaku kut. My hubby pantang betul kalau aku pasang channel KBS World tu..mesti dia cakap dah takde cerita ke nak tengok. Adoi..

3. Hero lebih handsome..maybe

-ramai orang cakap Korean actors lagi masculine dari J. Tapi aku rasa Japanese actors are so way..hot but that is just my opinion. Japan has Yutaka Takenouchi, Takeshi Kaneshiro and SMAP superstar Takuya Kimura. Masalahnya dengan pelakon lelaki K ramai yang handsome dah tenggelam lepas masuk askar. Macam Won Bin yang popular dalam Autumn In My Heart. Sejak keluar askar pun tak berlakon sangat.



4. Banyak lagu-lagu best dalam drama K

-entahlah banyak yang mendayu je..I'm still standing with my J. Seriously you just have to see the opening theme from Tokyo Cinderella Story or Beautiful Life. Macam music video je babe. Beautiful Life adalah drama Jepun pertama yang aku beli. Masa tu cd Jepun takde subtitle so paham-paham sendiri ajela. Tapi cerita tu memang best eventhough heroinnya mati in the end. Miz Wanie selalu gelakkan aku sebab menangis tengok cd tu walaupun tak paham.



5. Sejak akhir-akhir ni K banyak drama best tak macam J

-mungkin J telah melepasi zaman kegemilangannya pada late 90's sebab tiadanya hero yang dapat menggantikan Yutaka, Takashi Sorimachi and e.t.c lagipun cerita cinta J tak sebest macam dulu yela zaman Heavens Coins, Long Vacation, Love Letter. Sekarang K dah take over habis sejak Winter Sonata, Autumn In My Heart, My Lovely Sam Soon, Princess Hours, Boys Over Flowers dan banyak lagi.



Akhirnya aku pun mengalah dan jadi ardent fan sejak tengok Jang Na Ra yang gila-gila dalam My Love Patzzi dan The Successful Story of a Bright Girl. Serious wacky and lovable. Dan Kim Haneul dalam Too Beautiful To Lie dan My Tutor Friend.


Kenapa cerita Melayu tak funny macam tu? Ni semua heroine asyik control ayu je. Bila agaknya drama kita boleh popular dan diimport ke luar negeri? Drama Phillipine dan Indon dah melambak kat Malaysia. I mean yang popular sangat pun Nur Kasih. Tapi entah kenapa aku tak tengok pun. Perempuannya semua yang pakai tudung dan baik-baik. Cakap pun lembut je. Adoi..berapa juta penonton yang dah tengok? Aku tengok asyik ngantuk je. I know ceritanya bagus dan penuh pengajaran, moral untuk diteladani. But a bit slow...entahlah maybe because I'm weird but give me Kim Haneul anytime babe!

No comments:

Post a Comment