Friday, June 3, 2011

kampung oh kampung

Salah seorang kawan rapat di ofis lama bertanyakan khabar baru-baru ni. Oh..aku senyap bukan apa sebab jauh nun di kampung ibu tersayang. Bila nak dikira adalah setahun sekali je balik. Kesian mak. Anak dah besar duduk pulak jauh2. Mak aku pun malas nak jalan2. Panas katanya kat KL. Padahal dulu bertahun2 duk di Kuala Pilah lagilah semacam je bahangnya. Hehe..takpelah..sebagai anak..layan je..

Anak aku si kecik tu bukan main suka. Maklumlah rumah nenek besar puas round. Naik bukit tengok surau yang atuk dia buat. Aku pun terfikir. Sejak dari kecik, kami dah puas berpindah sana sini. Bila dah pencen, ayah dan mak tetiba nak balik kampung mak pulak. Mula-mula aku heran tapi bila dah ada anak ni baru aku faham.

Beza duk bandar dengan kampung. Kalau kat kampung boleh bercucuk tanam. Senang nak masak. Pandan, kunyit semua depan mata. Kalau kat bandar semua kena beli. Leceh kan? Budak-budak kalau kawasan luas boleh main-main. Kalau kat bandar asyik terperap je camne?
Bila tengok limau purut yang ayah tanam sebesar lemon aku pun terkejut. Mak oi..suburnya tanah kat sini kan?

Kalau duduk kat kondo tak merasa semua ni. Sayangnya sebab harga tanah yang mencarak naik sejak kebelakangan ini, harga rumah pun melambung-lambung. Kalau orang yang baru kahwin manalah mampu nak beli rumah besar-besar. Sedangkan rumah teres kat Lembah Klang pun dah cecah 400k. Adoi...

Bila dah tua seronok duduk kampung. Entahlah macam mana bila aku dah pencen nanti. Masa tu ada lagi ke kampung?Ke beraya kat rumah teres je?Beraya kat bandar ni macam takde feel. Takde orang nak datang beraya. Teringat kali pertama beraya di rumah mentua. Malam raya dah jalan2 pergi restoran mamak. Boringnya..hehe. Aku yang dah biasa berjalan pergi rumah saudara atau sibuk tolong mak layan tetamu jadi mati kutu.

Asyik tanya suamiku mana orang tak datang beraya?Itulah gayanya beraya di KL. Masa itu baru terpikir bestnye ada kampung walaupun kampung orang tuaku satu di sini satu di sana. Asalkan ada..ye tak?Walaupun aku adik beradik ni dilahirkan di PJ, tapi syukur merasa jugak duk kampung semasa ayah mengajar di KP.

Masa tu macam culture shock tengok tahi kambing dan kerbau bersepah kat jalan. Pekan dia pun takde traffic light. Aku rasa sebagai anak bongsu masa tu aku yg paling tak suka duk kampung sebab takde KFC tapi lama-lama best jugak. Dapat naik basikal. Hidup pun relax takde traffic jam ke ape.

Entahlah. Kadang-kadang kita perlu ingat yang kita semua berasal dari kampung. Betul tak?

No comments:

Post a Comment